fbpx

Hampir separuh penduduk dewasa Britain buang sampah merata-rata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara sampah yang sering dibuang adalah termasuk tin minuman, puntung rokok dan plastik keropok. – Getty Images

LONDON – Satu kajian mendapati bahawa hampir separuh golongan dewasa Britain mengaku membuang sampah merata-rata dengan 49 peratus melakukan perbuatan itu di kawasan pantai, lapor akbar Daily Star kelmarin.

Antara sampah yang sering dibuang  termasuk tin minuman, puntung rokok dan plastik keropok.

Kaji selidik oleh OnePoll itu turut mendedahkan bahawa hanya satu dalam tujuh orang (14 peratus) mengaku mengutip sampah sekiranya melihatnya di jalanan.  Selain itu, 30 peratus akan membersihkan sampah di pantai dan 19 peratus mengutip sampah di luar kawasan ruang kerja mereka.

Kajian dalam kalangan 2,000 orang dewasa itu mendapati bahawa 37 peratus akan mengelak daripada mengutip sampah kerana bimbang ia akan menyebabkan kekotoran, manakala 40 peratus lagi enggan dijangkiti kuman.

Satu pertiga daripada responden mengaku berasa bersalah kerana telah membuang sampah merata-rata sebelum ini, selain 43 peratus lagi bimbang sampah-sarap akan merosakkan landskap pantai.

Antara alasan utama bagi tindakan membuang sampah merata-rata adalah sikap malas dan pemikiran yang menyatakan bahawa ia merupakan  masalah orang lain, selain kekurangan tong sampah di tempat awam.

“Adalah sesuatu yang bagus apabila melihat orang ramai mengambil berat mengenai pantai kita, namun ia juga sesuatu yang memalukan apabila sebahagian besar mengaku membuang sampah merata-rata.

“Tidak kira walau di mana anda berada, sama ada di pantai atau pusat bandar, membuang sampah merata-rata akan mencemarkan alam sekitar.

“Kita perlu melakukan ini bersama-sama kerana ia bukan tanggungjawab seorang sahaja untuk membersihkan jalan dan pantai,” kata seorang  jurucakap  jenama minuman popular di  Britain yang menaja kajian tersebut.

Kajian sama turut mendapati bahawa sekiranya sampah terjatuh secara tidak sengaja, 16 peratus akan membiarkannya selain selebihnya mengutip dan membawa pulang ke rumah atau membuang ke dalam tong sampah.

Sebanyak 15 peratus pula mengaku berpura-pura tidak melihat sampah yang terjatuh itu. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI