fbpx
Polis memaklumkan bahawa bahan itu tidak disalahgunakan lagi setakat ini. -Soranews24

Polis Jepun tidur di jalanan akibat mabuk hilang dokumen kes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO – Seorang pegawai penyiasat di barat Jepun kehilangan dokumen mengandungi nama seorang suspek penjenayah dan 400 orang lain berkaitan kes yang sedang disiasatnya setelah mabuk dan tertidur di atas jalan, lapor akhbar The Maniachi semalam. 

Pegawai polis itu minum bersama dua orang bawahannya di sebuah bar kira-kira pukul 8.30 malam (waktu tempatan) pada Jumaat lalu di bandar Nishonomiya. 

Dia minum tujuh gelas minuman termasuk bir dan arak tempatan shochu sebelum tertidur di atas jalan ketika berjalan kaki untuk pulang ke rumahnya. Dia berjumpa dua orang bawahannya di sebuah stesen kereta api, kira-kira pada pukul 11 malam (waktu tempatan), kata polis.

Apabila pegawai penyiasat berusia 49 tahun itu sedarkan diri kira-kira pukul 5 pagi (waktu tempatan) pada Sabtu lalu, dia menyedari tidak lagi memiliki beg yang menyimpan dokumen itu, demikian menurut polis wilayah Hyogo.

Polis berkata, dokumen itu mengandungi maklumat peribadi seperti tarikh lahir suspek, alamat rumah dan tempat kerja tetapi menyatakan maklumat itu tidak disalahgunakan setakat ini.

Pegawai polis Jepun dilarang membawa bahan siasatan di luar tempat kerja tanpa kebenaran. – Agensi

POPULAR