fbpx
SKUAD golf UUM diletakkan sandaran untuk meraih satu pingat emas pada temasya SUKIPT kali ini.

UUM idam pertahankan emas golf SUKIPT 2022

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SKUAD golf Universiti Utara Malaysia (UUM) tekad untuk membawa pulang sekurang-kurang dua pingat emas dalam acara sukan golf dan boling padang menjelang temasya Sukan Institut Pengajian Tinggi (SUKIPT) 2022.

Pegawai Tadbir UUM, Siti Norlia Mazlan berkata, pada tahun ini UUM menghantar seramai 137 kontinjen untuk menyertai 10 acara sukan SUKIPT 2022 di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Tanjung Malim, Perak.

Kat Norlia, UUM meletakkan harapan kepada lima pemain golf dari Akademi Golf Nasional (AGN) UUM untuk merebut enam pingat emas yang ditawarkan pada SUKIPT 2022 nanti.

“Misi kita pada tahun ini adalah untuk membawa pulang dua pingat emas dan optimis mempertahankan satu pingat yang berjaya diperoleh pada edisi 2018 menerusi sukan golf.

“Kita berharap kelima-lima atlet UUM yang sebelum ini menyertai Kejohanan Golf Universiti Dunia (WUC) 2022 pada Julai lalu di Torino, Itali mampu melakukan sesuatu pada SUKIPT 2022 ini.

“Tidak lupa juga menerusi atlet boling padang, Nur Nadhirah Azmi untuk melakukan terbaik bagi memastikan pingat emas menjadi milik UUM. Pada edisi kelim ini, selain dua pingat emas, UUM turut memburu tiga perak dan lima gangsa,” katanya kepada Kosmo!.

UUM membariskan lima pemain golf terbaik mereka iaitu Muhammad Farez Mohd Azihan, Charlayne Chong Shin Ling, Nur Maisara Saad, Valerie Vanessa Langkab dan Muhammad Ikhmal Basry untuk merebut enam pingat emas yang ditawarkan di Kelab Golf Bukit Beruntung.

Temasya SUKIPT yang sudah memasuki edisi kelima pada kali ini dijadual berlangsung sehingga 21 Ogos dan mempertandingkan 21 jenis sukan dengan pembabitan sebanyak 66 universiti dari seluruh negara.

POPULAR

BERITA BERKAITAN