fbpx

Kanak-kanak semua peringkat umur dibenar memasuki Masjidil Haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Permit untuk kanak-kanak berumur lima tahun ke atas perlu dimohon di aplikasi Eatmarna. – Saudi Gazette

RIYADH – Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengumumkan bahawa kanak-kanak dari semua peringkat umur dibenarkan memasuki Masjidil Haram di Mekah, lapor akhbar Saudi Gazette kelmarin.

Pengumuman itu dikeluarkan oleh kementerian tersebut dalam akaun Twitter rasminya dengan menyatakan bahawa ibu bapa kini dibenarkan membawa anak-anak bersama mereka masuk ke Masjidil Haram.

Kementerian itu turut menjelaskan kaedah pengeluaran permit untuk kanak-kanak.

Mereka yang berumur lima tahun ke atas perlu mendapatkan permit khas melalui aplikasi Eatmarna, manakala ibu bapa dibenarkan membawa anak di bawah usia lima tahun untuk masuk ke Masjidil Haram tanpa perlu mendapatkan permit.

Sementara itu, pemegang semua jenis visa dan pelawat dari mana-mana negara yang pergi ke Arab Saudi untuk tujuan pelancongan dan lawatan turut dibenar menunaikan umrah sepanjang berada di negara itu. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI