fbpx

Maut dalam perjalanan urusan kerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kemalangan maut di kilometer 44, Jalan Tampin - Gemas, berhampiran selekoh Felda Sungai Kelamah, di sini, pagi tadi. - IHSAN POLIS

TAMPIN – Seorang penyelidik maut ketika dalam perjalanan bagi urusan kerja selepas terbabit dalam kemalangan maut di kilometer 44, Jalan Tampin – Gemas, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 pagi berkenaan, mangsa, Rafzuzaki Razali, 39, disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik yang tiba di lokasi kejadian.

Menurut Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Anuwal Ab Wahab, kemalangan berkenaan melibatkan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux milik IOI Group Research Centre Gemencheh di satu selekoh berhampiran Felda Sungai Kelamah.

“Hasil siasatan mendapati mangsa yang memandu kenderaan berkenaan dalam perjalanan dari Gemencheh ke Segamat atas urusan kerja. Apabila sampai di satu selekoh berhampiran Felda Sungai Kelamah, pemandu gagal mengawal kenderaaan ekoran jalan basah lalu terbabas.

“Akibat kemalangan itu menyebabkan pemandu mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia ditempat kejadian. Mayat telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Tampin bagi tujuan bedah siasat untuk mengetahui punca kematian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Anuwal menyatakan orang ramai yang mempunyai makluman berkenaan kemalangan jalan raya tersebut diminta untuk tampil ke Balai Polis Trafik IPD Tampin di talian 064412502 atau 064431999 Bilik Gerakan IPD Tampin bagi membantu siasatan.

“Kertas siasatan telah dibuka dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan siasatan masih diteruskan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI