fbpx
Pemain TFC, Kpah Sherman (kiri) meraikan jaringan bersama rakan pasukan ketika bertemu Sarawak United pada saingan Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus malam ini.

Liga Super : TFC berpeluh sebelum tewaskan Sarawak United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS – Terengganu FC (TFC) dipaksa bermandi peluh oleh Sarawak United sebelum meraih kemenangan tipis 1-0 pada aksi Liga Super di laman sendiri sebentar tadi.

Awal permainan dikuasai TFC menerusi percubaan lencong Nik Sharif Haseefy Mohd. Lazim dari sebelah kiri pada minit ke-20 yang tepat ke dakapan penjaga gol lawan, Tauffiq Ar Rasyid Johar.

Berpunca hantaran leret Manuel Ott dua minit kemudian, Habib Haroon pula hampir memecahkan kebuntuan namun sepakan pemain tengah TFC itu berjaya ditepis Tauffiq Ar Rasyid.

Sarawak United tidak ketinggalan turut berpeluang mengejutkan tuan rumah namun malangnya tandukan Gonzalo Soto hasil sepakan sudut S. Chanturu tersasar ke sebelah tepi pada minit ke-31.

Tauffiq Ar Rasyid terus cemerlang pada babak kedua apabila menafikan percubaan berturut-turut Ott dan Nik Mohd. Sharif pada minit ke-58 bagi menyelamatkan pintu golnya.

Kedudukan bagaimanapun berubah selepas penyerang TFC, Kpah Sherman cekap menyambar hantaran Faisal Abdul Halim sekali gus memecahkan kebuntuan pada minit ke-72.

Kedudukan 1-0 kekal sehingga tamat dan membantu TFC naik ke tangga keempat liga dengan 20 mata manakala Sarawak United yang mengumpul 13 mata, kekal di kedudukan ke-10. – KOSMO! ONLINE

POPULAR