fbpx

Lelaki maut treler terbabas dalam gaung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba membantu mengeluarkan mangsa tersepit di dalam longkang selepas treler dipandunya terbabas ke dalam gaung di Gunung Paku, Klian Intan di Pengkalan Hulu hari ini.-FOTO/JBPM PERAK

GERIK – Seorang lelaki maut selepas treler muatan konkrit yang dipandunya terbabas ke dalam gaung di Gunung Paku, Klian Intan dekat Pengkalan Hulu di sini pagi tadi.

Dalam kejadian itu, V. Sanmuganatan, 48, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di beberapa bahagian badan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pengkalan Hulu, Syahirul Anwar Abdul Azam berkata, maklumat kejadian itu diterima pada pukul 9.52 pagi.

Katanya, setibanya anggota di lokasi kejadian, didapati sebuah treler berada di dalam gaung pada ketinggian 50 meter.

“Pemeriksaan di lokasi juga menjumpai seorang lelaki dipercayai pemandu treler tersepit di dalam longkang. Mangsa yang tidak sedarkan diri itu dipercayai tercampak sebelum kenderaan dipandunya terbabas.

“Operasi segera dijalankan bagi mengeluarkan mangsa. Mangsa bagaimanapun disahkan maut di tempat kejadian oleh pasukan perubatan,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Pemeriksaan juga dijalankan di kawasan sekitar bagi memastikan tiada mangsa lain terlibat. Operasi tamat pada pukul 10.50 pagi,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI