fbpx

MAHA 2022: MOU bernilai lebih RM6.5 bilion dimeterai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ronald (dua kiri) menyerahkan anak pokok durian yang dibeli oleh pengunjung di Castle of Fruit MAHA 2022 hari ini.

SERDANG – Memorandum persefahaman (MOU) bernilai lebih RM6.5 bilion telah ditandatangani pada Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 setakat semalam.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee berkata, MOU itu dimeterai dalam tempoh lapan hari sejak MAHA 2022 diadakan bermula 4 Ogos lalu.

“Pastinya matlamat dan agenda yang disasarkan MAFI melalui MAHA 2022 sedang dicapai menerusi jualan secara langsung dan dalam talian dan begitu juga padanan perniagaan,” katanya ketika ditemui pemberita di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di sini hari ini.

Beliau sebelum ini dipetik berkata, pihaknya menyasarkan nilai pelaburan melalui MOU melebihi RM6 bilion sepanjang penganjuran MAHA 2022 yang akan berakhir Ahad ini.

Ronald seterusnya memaklumkan, MAHA 2022 akan memberi hadiah kepada pengunjung ke 850,000 dan ke sejuta sebelum penganjurannya berakhir dua hari lagi.

“MAFI ucapkan terima kasih atas sambutan sungguh luar biasa ditunjukkan rakyat Malaysia (terhadap MAHA 2022),” katanya. – KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI