fbpx

Lelaki tunggang motosikal melulu ditahan selepas video tular

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VIDEO tular di TikTok menunjukkan rakaman aksi penunggamg motosikal secara melulu di Lebuh Raya Lekas di sini.

SEREMBAN – Seorang lelaki yang juga pemilik akaun TikTok ‘nish V1 buruk’ ditahan polis selepas didapati menunggang motosikal secara melulu serta menyunting dan memuat naik video aksi berbahaya itu di media sosial.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, suspek berusia 20 tahun itu ditahan di Sikamat di sini selepas satu rakaman video berdurasi 15 saat tular di TikTok.

Nanda berkata, video itu memaparkan beberapa rakaman suntingan antaranya menunjukkan beberapa buah motosikal yang ditunggang secara bersaing sesama sendiri sambil melakukan perbuatan zig-zig, menundukkan kepala serta merapatkan badan ke pemegang motosikal.

“Hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku lebih kurang pukul 2 pagi, 17 Julai lalu di Kilometer 38 sehingga Kilometer 43 Lebuh Raya Kajang Seremban (Lekas) menuju arah Selatan.

“Ia melibatkan sebuah motosikal jenis Yamaha LC 134 berwarna biru hitam tanpa nombor pendaftaran ditunggang oleh lelaki berusia sekitar 20-an seorang diri disyaki pemilik akaun TikTok ‘nish V1 buruk’ sedang melakukan aksi menunggang secara melulu dan bersaing di lorong tengah lebuh raya bersama beberapa buah motosikal yang lain,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Nanda berkata, selain itu semakan lanjut ke atas beberapa suntingan video lain di aplikasi TikTok milik suspek turut memaparkan satu video yang merakamkan kata-kata suspek seakan mencabar pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana telah berjaya melepaskan diri daripada ditahan ketika satu serbuan operasi samseng jalanan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI