fbpx

Agong perkenan lantikan semula Mohd. Zuki sebagai KSN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Zuki

PUTRAJAYA – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah memperkenankan pelantikan semula Tan Sri Mohd. Zuki Ali sebagai Ketua Setiausaha Negara secara kontrak bermula hari ini.

Pejabat Perdana Menteri berkata, pelantikan semula itu diperkenankan baginda atas perakuan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk tempoh dua tahun berkuat kuasa mulai hari ini sehingga 10 Ogos 2024.

“Pelantikan semula Tan Sri Mohd. Zuki Ali adalah atas kepentingan negara kerana perkhidmatan beliau sebagai Ketua Setiausaha Negara masih diperlukan.

“Tan Sri Mohd. Zuki Ali, 60, yang dilantik sebagai Ketua Setiausaha Negara sejak 31 Disember 2019 merupakan seorang yang berpengalaman luas dalam perkhidmatan awam,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu, Mohd. Zuki yang yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan dari Nanyang University, Singapura pernah berkhidmat di Kementerian Kewangan, Kementerian Pelajaran, Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.

“Beliau pernah bertugas di Istana Negara dan Jabatan Perdana Menteri serta pernah menjawat jawatan sebagai Setiausaha Persekutuan Sarawak dan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI