fbpx

Penyanyi Bangladesh ditahan polis kerana nyanyian sumbang, tidak kacak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hero Alom dipaksa menandatangani permohonan maaf oleh polis kerana menyanyi sumbang. - RMG

DHAKA – Seorang penyanyi lelaki di Bangladesh dipaksa untuk menandatangani notis permohonan maaf oleh polis selepas diberitahu bahawa dia terlalu hodoh untuk menjadi penyanyi, lapor akhbar New York Post semalam.

Penyanyi dikenali sebagai Hero Alom itu juga dilaporkan turut didesak untuk menghentikan nyanyian sumbangnya.

Menurut Alom, pada pukul 6 pagi (waktu tempatan) Khamis lalu, dia ditahan di ibu pejabat polis selama lapan jam, lapor agensi berita AFP. 

“Semua orang secara rawak bertanyakan soalan kepada saya dan saya terpaksa menjawab tanpa henti.

“Seseorang kemudian tiba-tiba mencengkam rambut saya dan bertanya sama ada saya mempunyai wajah seperti ‘hero’ (wira),” kata Alom kepada laman berita India Today.

Pihak berkuasa didakwa berang terhadap rakaman Alom yang menyanyikan lagu klasik oleh pemenang Anugerah Nobel, Rabindranath Tagore dan penyair negara, Kazi Nazrul Islam, demikian menurut AFP.

Polis memberitahu bahawa mereka menerima banyak aduan mengenai nyanyian Alom. Penyanyi itu kemudian memohon maaf atas lagu-lagu tersebut selain kerana memakai pakaian seragam polis dalam klip videonya.

“Dia mengubah sepenuhnya gaya tradisional nyanyian lagu itu namun kini, memberi jaminan kepada kami bahawa tidak akan mengulangi perkara itu,” kata detektif Dhaka, Harun ur Rashid.

Alom yang mempunyai hampir dua juta pengikut di Facebook menyiarkan video muzik baharu selepas kejadian itu yang menunjukkan dia berada di sebalik jeriji besi dan hampir dihukum bunuh.

“Ini adalah Bangladesh yang merdeka. Jika saya tidak boleh bercakap, menyanyi atau melakukan aktiviti riadah, maka saya rasa hak saya sedang diragut,” katanya kepada India Today. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI