fbpx

PATI dijel terlibat judi dalam talian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mahkamah Majistret Rembau.

REMBAU – Seorang pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia mengaku bersalah atas dua pertuduhan bermain judi dalam talian dan masuk ke Malaysia tanpa dokumen di Mahkamah Majistret Rembau, di sini, hari ini.

Tertuduh, Agus Saputra, 25, membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan dihadapan Majistret, Kartini Kasran.

Berdasarkan pertuduhan, pada 28 Julai lalu kira-kira pukul 5 petang di hadapan kedai makanan dan minuman batu 10 corner, Ladang Perhentian Tinggi, di sini, tertuduh telah didapati berjudi di tempat awam melalui aplikasi judi haram dalam telefon bimbit miliknya.

Oleh yang demikian, tertuduh telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 7(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan boleh dihukum di bawah seksyen 7(2) akta yang sama.

Bagi pertuduhan kedua pula, pada masa dan lokasi yang sama telah didapati tidak memiliki pas yang sah yang dikeluarkan mengikut undang-undang untuk masuk ke negara Malaysia. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI