fbpx

Petanda mimpi, Shuib batal hasrat ubah suai rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHUIB mengadakan majlis tahlil sempena genap setahun pemergian Siti Sarah di kediamannya, malam tadi.

PUCHONG – Genap setahun selepas pemergian isteri tercinta, pelawak dan usahawan terkenal Shuib mendedahkan pernah mahu membuat ubai suai rumahnya bagi memberi suasana segar kediaman yang didiami bersama keluarganya di sini.

Shuib, 38, bagaimanapun membatalkan hasrat tersebut dibatalkan gara-gara didatangi satu mimpi yang pelik sekitar bulan lalu.

“Selepas enam bulan arwah meninggal dunia, saya pernah terfikir hendak ubah suai rumah untuk memberi suasana baru dan sudah pun berbincang dengan pereka hiasan dalaman.

“Hasrat tersebut bagaimanapun saya batalkan pada bulan lalu selepas saya mendapat mimpi sedih,” tutur Shuib.

Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad, 38, mendedahkan perkara tersebut ketika ditemui pada majlis bacaan tahlil sempena setahun pemergian isterinya, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin.

Menurut Shuib, mimpi sedih berkenaan seolah-olah petanda bahawa arwah Siti Sarah tidak bersetuju dengan keputusannya membuat ubah suai rumah yang pernah mereka diami bersama.

“Dalam mimpi tersebut saya masuk ke rumah baharu, namun ketika tercari-cari arwah tetapi dia tiada. Saya cari nama Ibu Sayang (Sarah) dalam senarai kenalan dalam telefon, pun tiada. Dalam mimpi itu juga saya sedar arwah sudah meninggal dunia.

“Sebaik terjaga daripada tidur, emosi saya terganggu seharian,” ujarnya.

Oleh kerana itu, Shuib membatalkan hasratnya dan membulatkan hati untuk terus tinggal di kediaman yang sudah hampir empat tahun diduduki sebelum ini bersama arwah dan anak-anaknya.

Selain tidak mengubah sebarang dekorasi dan kedudukan perabot Shuib juga masih menyimpan barang-barang peribadi milik arwah untuk dijadikan kenangan.

“Barang-barang arwah masih saya simpan. Kalau terkenang bolehlah lihat dan pegang.

“Baju terakhir yang dipakai arwah sebelum ke hospital juga saya masih simpan. Itu jadi pengubat rindu terhadap arwah,” tuturnya.

Shuib dan Sarah mendirikan rumah tangga pada tahun 2011. Penyanyi terkenal itu meninggal dunia pada 9 Ogos tahun lalu di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) akibat Covid-19.

Sebelum meninggal dunia Sarah terlebih dahulu menjalani pembedahan bagi mengeluarkan bayi lelaki ketika kandungannya berusia lapan bulan pada 6 Ogos yang diberi nama Ayash Affan.

Selain Ayash yang kini berusia setahun, Shuib dan Sarah juga dikurniakan tiga orang cahaya mata lain iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, dan Ariq Matin, 7. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI