fbpx

Mahkamah: Gnanaraja nafi ugut Zarul Ahmad supaya beri RM19 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Guan Eng hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini bagi perbicaraan kes rasuah yang dihadapinya berhubung empat pertuduhan membabitkan pembinaan terowong dasar laut dan projek pembinaan jalan utama di Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion. /FOTO AFIQ RAZALI

KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu,  ahli perniagaan, G. Gnanaraja menafikan beliau mengugut saksi utama kes Lim Guan Eng agar menyerahkan wang RM19 juta kepadanya berhubung pendakwaan kes pengubahan wang haram.

Gnanaraja menyatakan demikian ketika disoal siasat oleh pihak polis berhubung laporan yang dibuat oleh Datuk Zarul Ahmad Mohd. Zulkifli, 62, sekitar Januari 2018.

Kelmarin, Zarul Ahmad iaitu saksi utama pendakwaan memberitahu, beliau menyerahkan wang RM19 juta kepada Gnanaraja yang didakwanya seorang `kaki tipu’ selepas diugut oleh ahli perniagaan itu melalui aplikasi WhatsApp.

Bagaimanapun, Zarul Ahmad ketika ditanya oleh peguam Gobind Singh Deo berkaitan butiran siasatan terhadap Gnanaraja menyatakan, beliau tidak mengetahui ahli perniagaan itu menafikan perkara tersebut.

Ujar saksi pendakwaan ke-23 itu, beliau juga tidak dimaklumkan oleh pihak polis berkaitan hasil siasatan terhadap Gnanaraja.

Gobind:  Ada pegawai penyiasat dalam kes Gnanaraja memberitahu kamu bahawa beliau (Gnanaraja) ketika disiasat menyatakan wang itu satu pinjaman?
Zarul:  Saya tidak tahu.

Gobind:  Bukankah kamu arah peguam kamu supaya menghantar surat tuntutan kepada Gnanaraja berkaitan wang RM19 juta itu?
Zarul:  Ya.

Gobind: Dalam surat itu, kamu menyatakan bahawa wang itu diamanahkan untuk dipegang oleh Gnanaraja?
Zarul:  Saya tidak ingat ayat yang saya nyatakan.

Gobind:  Intipati surat itu adalah wang tersebut diamanahkan kepada Gnanaraja untuk dipegang?
Zarul:  Intipatinya adalah saya mahukan wang itu semula dan tujuannya untuk diserahkan kononnya kepada Perdana Menteri.

Gobind:  Tapi apa yang kamu nyatakan dalam surat tersebut?
Zarul:  Itu kena tanya peguam saya, Shahrul Hamidi (Shahrul Fazli Kamarulzaman dan Hamidi Mohd. Noh). Saya hanya beritahu saya mahukan wang saya balik.  Bagaimana cara beliau menulis, terpulang.

Pada peringkat itu, Zarul Ahmad mengadu kepada mahkamah beliau tidak sihat dan memohon kes ditangguhkan.

Ketika ditanya Hakim Azura Alwi, beliau memaklumkan tekanan darahnya naik, jantungnya berdegup kencang dan doktor yang memeriksanya mencadangkan beliau bertemu pakar.

Perbicaraan bersambung esok. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI