fbpx

Debaran pemenang mingguan Liga Fantasi Kosmo!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TUAH ayam nampak di kaki, tuah manusia menang hadiah Liga Fantasi!

Seramai lima peserta Liga Fantasi Kosmo! bakal memenangi hadiah mingguan berupa wang tunai RM200 selepas tamatnya perlawanan minggu pertama Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Ahad lalu.

Kesemua pemenang yang mendaftar pada Liga Fantasi Kosmo! akan dihubungi dalam tempoh terdekat. Pihak Kosmo! berkerja keras dalam mengenal pasti lima peserta yang layak berdasarkan jumlah mata tertinggi minggu lepas.

“Ini kali kedua saya sertai Liga Fantasi Kosmo! dan kali kedua juga menang hadiah mingguan,” itulah antara kata-kata pemenang yang masih dirahsiakan identitinya.

Liga Fantasi menawarkan pelbagai hadiah menarik

Liga Fantasi Kosmo! musim baharu ini menawarkan hadiah mingguan kepada lima peserta yang meraih mata tertinggi pada perlawanan minggu demi minggu selari dengan jadual perlawanan EPL.

Selain hadiah mingguan berupa wang tunai RM200, Kosmo! telah meningkatkan lagi hadiah kemenangan agar lebih lumayan untuk dimenangi para peserta terutamanya tiket penerbangan ke England bagi menyaksikan perlawanan EPL selain diberikan kemudahan penginapan serta wang saku RM2,000 untuk dua pemenang.

Para peserta juga berpeluang untuk memenangi dua buah motosikal jenis Modenas Elegan 250 ABS dan Modenas Pulsar RS 200 selain telefon pintar, komputer (dekstop) gaming, basikal serta wang tunai akhir musim RM500.

Antara hadiah yang ditawarkan pada musim ini.

Pembaca Kosmo! serta orang ramai yang berminat menyertai Liga Fantasi Kosmo! masih berpeluang mendaftar untuk memenangi hadiah-hadiah yang ditawarkan. Selain bermain Liga Fantasi, peserta yang mendaftar pada Liga Fantasi Kosmo! juga menikmati peluang langganan isi kandungan berita premium pada Kosmo! Online selama setahun.

Untuk menang hadiah mingguan seterusnya, para peserta perlu mendaftar segera sebelum sepak mula perlawanan EPL minggu kedua berlangsung Sabtu ini.

Jangan terlepas peluang mendaftar Liga Fantasi Kosmo! dengan klik di pautan ini : https://www.kosmo.com.my/liga-fantasi/

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI