fbpx

Biden kutuk pembunuhan empat lelaki Islam di New Mexico

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BIDEN berucap di White House pada 5 Ogos lalu. - AFP

WASHINGTON – President Joe Biden kelmarin mengutuk pembunuhan empat lelaki Islam di negeri New Mexico yang disifatkan polis sebagai jenayah  berkaitan.

“Saya marah dan sedih terhadap pembunuhan kejam empat lelaki Muslim di Albuquerque. Sementara kami menunggu siasatan penuh, doa saya buat keluarga mangsa. Pentadbiran saya berdiri teguh bersama komuniti Islam. Serangan kebencian tiada tempat di negara ini,” kata Presiden Amerika Syarikat berkenaan dalam satu kenyataan di laman Twitter.

Polis di Albuquerque yang merupakan bandar terbesar negeri  New Mexico berkata pada Sabtu lalu bahawa pihaknya sedang menyiasat pembunuhan tiga lelaki Islam itu yang disyaki mempunyai kaitan dengan pembunuhan keempat pada tahun lalu.

Menurut jabatan polis Albuquerque, pihaknya menemui mangsa terbaharu malam Jumaat lalu.

Lelaki berkenaan ditemui berhampiran pejabat Perkhidmatan Keluarga Lutheran yang menyediakan bantuan kepada pelarian, lapor stesen televisyen KOB4.

Polis tidak mendedahkan identiti mangsa tetapi menyatakan, dia berumur dalam lingkungan 20-an, beragama Islam dan berasal dari Asia Selatan.

“Pasukan penyiasat percaya bahawa pembunuhan pada Jumaat lalu  itu mempunyai kaitan dengan pembunuhan tiga lelaki Muslim, juga dari Asia Selatan,” demikian menurut kenyataan polis Albuquerque.

Dua mangsa terdahulu adalah lelaki Islam berketurunan Pakistan dengan mayat mangsa berumur 27 tahun ditemui pada 1 Ogos lalu, manakala  dan mayat lelaki berumur 41 tahun pula dijumpai pada 26 Julai 2022.

Polis menyiasat untuk mengesahkan sama ada ketiga-tiga pembunuhan itu mempunyai kaitan dengan kematian seorang lelaki Afghanistan yang dibunuh pada 7 November 2021 di luar premis perniagaan milik mangsa bersama saudara lelakinya di Albuquerque.

Polis menggesa sesiapa yang mempunyai maklumat supaya menghubungi talian maklumat, manakala  Biro Siasatan Persekutuan (FBI) turut membantu siasatan tersebut.

Dalam perkembangan berkaitan, Majlis Hubungan Amerika-Islam(CAIR) selaku kumpulan hak awam Muslim terbesar di AS telah menawarkan ganjaran AS$10,000 (RM44,620) untuk pemberi maklumat yang membawa kepada penangkapan pembunuh tersebut. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI