fbpx

Pengarah urusan dihukum penjara 230 tahun tipu pakej umrah, ziarah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Misbahalmunir didapati bersalah atas 23 pertuduhan melibatkan penipuan pakej umrah dan ziarah di Mahkamah Sungai Petani pada petang tadi.

SUNGAI PETANI – Seorang pengarah urusan sebuah syarikat dihukum penjara 230 tahun oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas didapati bersalah atas 23 pertuduhan berkaitan penipuan pakej umrah di Mekah dan ziarah ke Mesir antara 2015 hingga 2016.

Hukuman dijatuhkan Majistret Arif Mohamad Shariff terhadap tertuduh, Misbahalmunir Omar, 56, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Tertuduh dihukum penjara 10 tahun bagi setiap pertuduhan menjadikan jumlah keseluruhan hukuman 230 tahun.

Walau bagaimanapun Misbahalmunir hanya perlu menjalani hukuman penjara selama 10 tahun selepas mahkamah memerintahkan hukuman bagi setiap pertuduhan tersebut berjalan secara serentak bermula tarikh sabitan.

Selain itu, mahkamah juga mengecualikan tertuduh daripada dikenakan hukuman sebatan kerana berusia lebih 50 tahun.

Mahkamah turut membenarkan permohonan pihak pembelaan untuk menangguhkan hukuman penjara sementara proses rayuan berkaitan sabitan dan hukuman di Mahkamah Tinggi.

Untuk itu, mahkamah menetapkan jaminan yang dikenakan kepada tertuduh sebelum ini iaitu RM80,000 dinaikkan kepada RM88,000 dengan seorang penjamin, selain perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga selesai rayuan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI