fbpx

[VIDEO]Lima lelaki terselamat kereta jatuh gaung di Titi Kerawang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN kereta mangsa yang terperosok di tempat kejadian di Titi Kerawang, Balik Pulau di sini petang tadi. /IHSAN BOMBA

BALIK PULAU – Lima lelaki terselamat selepas kereta yang dinaiki mereka dilaporkan terbabas lalu terjunam ke dalam gaung berdekatan lokasi air terjun Titi Kerawang di sini petang tadi.

Mangsa terdiri lima lelaki tempatan dikatakan berjaya diselamatkan pasukan bomba dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang tadi.

Terdahulu, tular satu video menerusi kumpulan WhatsApp komuniti dengan memaparkan lokasi kejadian termasuk keadaan kereta yang terbalik.

Kelihatan mangsa yang sedang terbaring termasuk ada yang dalam keadaan duduk di kawasan hutan tersebut bagi menantikan bantuan tiba.

Maklumat lanjut berhubung kejadian terbabit akan dikemaskini dalam masa terdekat. KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI