fbpx

Lapan tahun bersara, Cameron Diaz kembali berlakon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CAMERON DIAZ

SEPERTI diketahui umum, Cameron Diaz sudah pun mengumumkan persaraan dari dunia hiburan sebagai pelakon kerana mahu memberi sepenuh tumpuan terhadap keluarganya.

Selepas lapan tahun, Diaz terpaksa akur dengan hakikat bahawa kerjaya seninya belum mati. Dia dilaporkan akan membuat kemunculan semula dengan membintangi sebuah filem untuk tayangan Netflix berjudul

Menariknya, penampilan semula pelakon berusia 49 tahun itu ke gelanggang seni bertitik tolak daripada pujukan aktor terkenal, Jamie Foxx.

Ketika ditemu bual dalam program Entertainment Tonight, pelakon kulit hitam berusia 54 tahun itu mengakui memujuk dan meyakinkan Diaz untuk kembali berlakon, sekali gus bergandingan bersamanya dalam filem Back In Action.

“Memujuknya (Diaz) bukanlah suatu perkara mudah. Saya mempengaruhinya dengan mengimbas semula saat indah dan istimewa ketika kami sama-sama berlakon dalam filem Annie (2014 ) yang juga menjadi naskhah terakhir lakonannya.

“Diaz kemudiannya mengakui amat merindui dunia lakonan dan bersetuju untuk kembali berlakon. Itu pun disebabkan saya,” katanya.

Kata Foxx, bakat Diaz dalam bidang lakonan sangat luar biasa dan dia tidak mahu pelakon itu mensia-siakan bakat yang dimiliki.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI