PETALING JAYA – Harga siling minyak masak tulen kemasan botol bermula 1 kilogram (kg) hingga 5kg telah ditetapkan selama tempoh sebulan bermula 8 Ogos hingga 7 September 2022.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memaklumkan harga bagi 1kg, 2kg, 3kg dan 5kg masing-masing ditetapkan pada harga RM7.70, RM14.70, RM21.70 dan RM34.70 di peringkat runcit seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.
“Mekanisme penentuan harga siling runcit minyak masak tidak bersubsidi kemasan botol ditetapkan berdasarkan harga purata bulanan minyak sawit mentah (CPO) yang ditentukan oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) setiap awal bulan berserta faktor-faktor lain yang berkaitan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – KOSMO! ONLINE