fbpx

4,684 kes baharu Covid-19 direkodkan semalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kes baharu Covid-19 kembali mencatatkan peningkatan kepada 4,684 kes dengan lima kes import semalam berbanding 3,927 kes kelmarin yang sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,667,851 kes.

Berdasarkan data pada laman web CovidNow, pertambahan sebanyak 398 kes aktif telah dilaporkan di seluruh negara dengan jumlah kumulatif kes aktif sebanyak 46,904 kes.

Sebanyak 4,275 kes sembuh juga telah direkodkan dengan jumlah keseluruhan pulih daripada Covid-19 kini mencecah 4,622,900 orang.

“Selangor mencatatkan jumlah kes harian tertinggi iaitu sebanyak 2,164 diikuti Kuala Lumpur (887), Perak (289), Sabah (267), Negeri Sembilan (204), Pulau Pinang (197), Melaka (142), Johor (123) dan Kedah (87).

“Turut menyumbang kepada jumlah kes harian semalam adalah Sarawak (84), Pahang (81), Putrajaya (62), Kelantan (51), Terengganu (24), Perlis (12) dan Labuan (10),” demikian perkongsian data di web tersebut hari ini.

Pada masa sama, sebanyak 12 kematian dilaporkan dengan satu kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in dead (BID) seterusnya menjadikan jumlah kematian sebanyak 36,020 kes dan BID 7,655 kes.

Sebanyak 45,264 kes dikuarantin di rumah, 28 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 1,556 kes di hospital, 21 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 35 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI