fbpx

228 peserta Skim Pengesahan Bahan Tanaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ronald (kanan) melakukan gimik pelancaran Sedekad Skim Pengesahan Bahan Tanaman pada Pameran Pertanian Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) hari ini

SERDANG – Seramai 228 peserta telah didaftarkan menerusi Skim Pengesahan Bahan Tanaman (SPBT) sejak skim berkenaan dilaksanakan bermula tahun 2012.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Datuk Seri Ronald Kiandee berkata, SPBT satu langkah jangka masa pendek bagi memberi kesedaran kepada masyarakat berkaitan kualiti dan ketulenan bahan tanaman.

“Sebanyak 63.3 juta pokok induk serta 63.6 juta bahan tanaman juga telah disahkan (berkualiti dan tulen) menerusi SPBT. Seramai 111 pegawai telah dilatih dan dilantik sebagai pegawai pemeriksa yang kompeten.

“Dalam masa sama, sebanyak 25 jenis tanaman mencakupi 104 varieti yang disyorkan sebagai tanaman komersil telah disenaraikan dalam Senarai Varieti Tanaman.

“Syabas diucapkan kepada Jabatan Pertanian yang sentiasa membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada Wira Agro kita untuk menghasilkan bahan tanaman tulen dan berkualiti,” katanya berucap pada Majlis Pelancaran Sedekan SPBT di sini hari ini.

SPBT penting dalam mengawal pengeluaran pembekal, pengedaran dan jualan bahan tanaman agar kualiti lebih terjamin selain memastikan kedapatan bahan tanaman berkualiti daripada varieti superior.

Selain itu, ia mengurangkan berlakunya kerosakan pokok akibat serangan penyakit dan dapat menghalang penyakit daripada merebak disebabkan oleh bahan tanaman yang tidak berkualiti. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI