fbpx

Tanam rock melon di rumah flat, kondo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Helmey menunjukkan canopytechture iaitu kaedah penanaman tumbuhan menjalar sempena MAHA 2022 di MAEPS Serdang semalam.

SERDANG – Kaedah menanam tumbuhan menjalar menjadi lebih mudah dengan menggunakan sistem canopytechture yang bukan sahaja mencantikkan laman, malah sesuai untuk rumah kecil seperti rumah pangsa dan kondominium.

Penolong Pegawai Penyelidik Kanan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Helmey Othman berkata, kaedah itu sesuai untuk pelbagai pokok buah-buahan, sa­yuran dan bunga menjalar seperti tembikai, rock melon, markisa, timun, kacang panjang, petola dan lain-lain.

Katanya, pemilik tidak perlu menyiram pokok setiap hari sebaliknya hanya memastikan air di dalam pasu yang telah diubah suai mampu bertahan selama seminggu.

“Sistem itu dibangunkan de­ngan anggaran kos antara RM300 hingga RM400 dan boleh dipelajari pengunjung di Laman Agro-Food Sayuran dan Herba pada Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agreopelancongan Malaysia (MAHA) 2022.

“Terdapat besi di tengah pasu sebagai tempat untuk pokok menjalar. Pergerakan pokok menjalar perlu diasuh dan kita akan terangkan kepada mereka yang berkunjung ke gerai ini,” katanya ketika ditemui di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) di sini.

Menurut Helmey, sistem itu boleh diletakkan di balkoni pangsapuri atau kondominium dengan mengubah suai saiz besi di tengah pastu.

Tambahnya, harga mencecah ratusan disebabkan penggunaan besi tetapi pasu dianggarkan hanya bernilai RM50.

“Segala penerangan mengenai penanaman pokok menggunakan sistem ini boleh diperoleh di sini termasuk kaedah pendebungaan secara manual di rumah menggunakan bunga jantan dan betina untuk pokok berbuah,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI