fbpx

[VIDEO]Taman Seri Impian, Kluang umpama ‘Night Safari’ untuk lihat gajah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar klip video yang memaparkan kehadiran beberapa ekor gajah liar di kawasan perumahan di Taman Seri Impian, Kluang, Johor malam tadi.

PETALING JAYA – “Umpama berada di dalam sebuah ‘Night Safari’.”

Itu antara luahan penduduk di Taman Seri Impian, Kluang, Johor apabila kawasan perumahan mereka didatangi sekumpulan gajah liar.

Menerusi satu perkongsian di laman Facebook Aku Budak Kluang, kelihatan gajah tersebut seolah-olah ‘bebas’ merayau di kawasan perumahan tersebut.

Berdasarkan klip video berdurasi dua minit 49 saat yang dikongsi di laman Facebook berkenaan, kelihatan gajah liar cuba menghampiri kawasan perumahan dan telah ‘merosakkan’ tanaman di kawasan berkenaan.

Menurut penduduk di situ, setiap hari semakin banyak gajah yang datang ke kawasan berkenaan.

Difahamkan kumpulan gajah datang ke kawasan perumahan tersebut untuk mencari makanan kerana kawasan hutan berhampiran telah banyak digondol.

Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna mahu pihak berkuasa mengambil tindakan segera bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku ke atas penduduk taman berkenaan.

“Harap buat sesuatu untuk tangani masalah gajah yang dah semakin berkeliaran di kawasan awam,” tulis Iwan Wan.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Azali Nusantara Azali.

“Bila tempat gajah kena ceroboh, maka gajah pun beramai-ramai ceroboh tempat manusia. Dah lama gajah tu merayap merata tempat, namun pihak berkuasa sepikan diri,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI