fbpx

Manipulasi orang tengah perlu dihapuskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

SERDANG – Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) digesa kembalikan usaha jihad memerangi orang tengah yang pernah dilaksanakan lapan tahun lalu dalam usaha mengawal kos sara hidup yang semakin meningkat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah tersebut perlu diteruskan menerusi strategi penguasaan rantaian bekalan dengan kerjasama agensi di bawah MAFI antaranya mewujudkan pusat pembelian padi, pusat pengumpulan buah-buahan, penambahan pasar tani dan pasar nelayan.

“Justeru, Kerajaan berusaha menangani manipulasi orang tengah dan kewujudan kartel dalam sektor pertanian dan rangkaian bekalan makanan yang menyebabkan kenaikan harga barang dan inflasi.

“Semalam, MyCC (Suruhanjaya Persaingan Malaysia) juga telah mengeluarkan keputusan cadangan terhadap lima perusahaan makanan ternakan yang bersekongkol dalam menaikkan harga makanan ayam.

“Ini amaran kerajaan terhadap kartel yang cuba memanipulasi harga dan pasaran,” katanya ketika berucap merasmikan Pameran Pertanian, Hortikultur dan Pelancongan Agro Malaysia (MAHA) di MAEPS Serdang hari ini.

Tambahh Ismail Sabri, ketika menerajui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani pada 2014, beliau pernah mengisytiharkan jihad memerangi orang tengah kerana tindakan orang tengah yang mengeksploitasi petani dan nelayan dengan memanipulasi harga di pasaran. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI