fbpx

Arsenal tempang pemain cedera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SMITH ROWE (kiri) hampir pasti diketepikan pada aksi pembukaan musim ini menentang Palace selepas mengalami kecederaan. – AFP

LONDON – Selepas cemerlang sepanjang aksi pramusim, Arsenal akhirnya terpaksa berdepan situasi sukar apabila bakal kehilangan beberapa tonggak untuk menghadapi aksi pembuka tirai Liga Perdana Inggeris menentang Crystal Palace di Selhurst Park awal pagi esok.

Perkhabaran ini pastinya mengundang resah buat penyokong The Gunners memandangkan Crystal Palace miliki rekod baik di Selhurst Park termasuk kemenangan 3-0 pada aksi terakhir kedua-dua pasukan musim lalu.

Ketika ini, peluang Emile Smith Rowe, Takehiro Tomiyasu, Kieran Tierney dan Fabio Vieira masih lagi samar ekoran meng­alami kecederaan.

Bagaimanapun, keputusan Arsenal untuk mendapatkan lima pemain baharu sedikit sebanyak melegakan pengurus pasukan, Mikel Arteta untuk menghadapi situasi ketika ini.

Malah, prestasi semasa Gab­riel Jesus yang dibeli daripada Manchester City turut menghadirkan kelegaan buat Arteta selepas bintang dari Brazil itu meledak tujuh gol sepanjang kempen pramusim.

Pengarah Teknikal Arsenal, Edu masih bersikap positif dan merasakan pe­ngalaman lalu sudah pun mematangkan pasukan untuk tampil lebih baik.

“Untuk berlaku adil, jika kamu masih ingat bagaimana kami bermula sebelum ini, pasukan dihimpit masalah kecederaan, Covid-19 dan semua cabaran itu membuatkan kami lebih bersedia.

“Saya tidak katakan yang kami benar-benar bersedia kerana saya fikir situasinya sekarang adalah berbeza, namun pasukan ini mengharungi detik terbaik sepanjang pramusim.

“Ia beri peluang kepada kami untuk cuba memulakan aksi dengan lebih baik,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI