fbpx

NAFAS tawar bar emas di MAHA 2022

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pavilion NAFAS ketika MAHA 2018 meriah dengan kehadiran orang ramai di MAEPS, Serdang.

PETALING JAYA – Pengunjung Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2022 berpeluang memenangi hadiah bar emas seberat 50 gram menerusi peraduan jawab dan menang anjuran Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS).

Pemangku Pengurus Besar NAFAS, Saripol Baharin Karim berkata, hadiah istimewa itu hanya akan diberi kepada seorang pengunjung yang memenangi peraduan itu di MAHA 2022 bermula hari ini hingga 14 Ogos.

Saripol Baharin

“Melalui peraduan jawab dan menang, pengunjung yang berkunjung ke Pavilion NAFAS di Dewan A, Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang hanya perlu menjawab soalan mudah dan berpeluang menyertai cabutan bertuah.

“Selain bar emas, pengunjung juga berpeluang memenangi te­lefon bimbit, basikal lipat, tablet, seterika stim, televisyen dan pelbagai lagi hadiah-hadiah yang lain,” katanya dalam kenyataan semalam.

Dalam pada itu, beliau berkata, NAFAS turut menawarkan jualan harga murah beberapa produk terpilih daripada jenama Peladang dan jualan penghabisan stok minyak pelincir jenama NAFASLUBE.

“NAFAS juga akan menampilkan tiga cef yang akan membuat demo masakan berasaskan produk jenama Peladang iaitu Cef Naem, Cef Danish Harraz dan Cef Zam Akmal di Pentas Utama, Dewan A.

“Selain itu, NAFAS terlibat sama di Laman Mekanisasi, Laman Padi dan Laman Agroedutainment yang akan turut dimeriahkan dengan aktiviti serta mempamerkan produk-produk keluaran NAFAS,” katanya.

Mengulas lanjut, Saripol Baharin berkata, maklumat lanjut berkenaan aktiviti dan program anjuran Nafas sepanjang 11 hari di MAHA 2022 boleh didapati dengan melayari platform media sosial NAFAS.

Ujarnya, pengunjung dan pemain industri dijemput hadir melihat produk NAFAS di MAHA.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI