fbpx
Antara barangan tiruan daripada jenama antarabanga diranpas dalam serbuan di dua lokasi berasingan di George Town semalam.

Dua premis jual barang tiruan kena serbu di P. Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang menyerbu dua premis disyaki menjual barangan tiruan berjenama antarabangsa di Gelugor dan Jelutong di sini semalam.

Ketua Pegawai Penguatkuasanya, A. Mogan berkata, serbuan pada pukul 2 petang itu melibatkan 11 pegawai serta dua wakil pemilik cap dagangan.

Menurutnya, serbuan pertama di Kampung Kastam, Gelugor melibatkan premis menjual pakaian, kasut, tali pinggang, topi dan beg manakala serbuan kedua pula di sebuah rumah di Lintang Sungai Pinang, Jelutong.

“Dalam serbuan di lokasi pertama, empat lelaki warga tempatan yang juga pekerja berada di dalam premis.

“Kami menyita 44 buah beg, 37 helai t-shirt, 78 pasang selipar, 16 unit tali pinggang, 15 unit topi disyaki tiruan bernilai M9,130,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

KPDNHEP merampas 336 minyak wangi bernilai RM5,376 disyaki menggunakan cap dagangan palsu di lokasi kedua. Seorang lelaki tempatan yang merupakan pemilik rumah ditahan. KOSMO! ONLINE

POPULAR