fbpx

Profil MB Selangor turut dimanipulasi scammer

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar Amirudin Shari yang digunakan scammer.

SHAH ALAM – Sindiket penipuan atau scammer terus menggunakan golongan orang kenamaan (VIP) bagi aktiviti jenayah mereka dengan terbaharu melibatkan gambar Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Perkara itu didedahkan sendiri Amirudin menerusi hantaran di laman Facebook rasminya hari ini dengan sindiket itu menggunakan aplikasi WhatsApp atas nombor 011-62232985.

Amirudin berkata, minta orang ramai supaya berhati-hati kerana ia adalah palsu.

“Saya dimaklumkan ada pihak tidak bertanggungjawab menggunakan nama dan gambar saya bagi melakukan aktiviti penipuan di aplikasi Whatsapp menggunakan nombor 011-62232985.

“Ini adalah palsu dan merupakan satu bentuk ‘scam’. Sila ambil maklum dan berhati-hati,” katanya di sini.

Kosmo! sebelum ini melaporkan antara VVIP yang dijadikan sindiket penipuan adalah termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Yang Dipertua (YDP) Majlis Perbandaran Klang (MPK), Noraini Roslan dan Yang Dipertua (YDP) Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS), Rahilah Rahmat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI