fbpx

KUSKOP wujudkan skim khas perniagaan online

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noh ( dua kanan) melihat produk usahawan pada pameran program pemantapan Penjaja dan Peniaga Kecil 2022, hari ini.

SHAH ALAM – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) akan mewujudkan skim khas perniagaan dalam talian di bawah agensinya dalam membantu merancakkan perniagaan.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar berkata, perniagaan online amat luar biasa dan fleksibel sehingga boleh berniaga dari rumah.

Malah katanya, ada kakitangan kerajaan membuat perniagaan online sehingga mampu mencapai pendapatan lebih daripada gajinya.

“Jadi, KUSKOP telah meminta semua agensinya menyediakan satu skim khas bagi membantu usahawan atas talian. Kita juga berharap dalam bajet akan datang turut mencadangkan kerajaan mewujudkan skim khas yang sama yang diletakkan di bawah kementerian ini,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Terdahulu, beliau merasmikan program pemantapan Penjaja dan Peniaga Kecil Tahun 2022 di Mardhiyyah Hotel & Suites di sini.

Noh memberitahu, rekod menunjukkan sebanyak 373,213 entiti telah mendaftarkan perniagaan mereka di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dalam tempoh 1 Mac hingga 31 Oktober 2020.

Katanya, berdasarkan rancangan, skim khas itu akan memperuntukkan jumlah pinjaman maksimum mengikut agensi masing-masing di bawah KUSKOP.

“Keutamaan akan diberikan kepada lebih 2,000 yang telah mengikuti kursus tersebut bagi menjadi kumpulan pelanggan pertama menerima skim tersebut di bawah agensi kami,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI