fbpx

Mata kiri Ben Amir hampir buta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN Ben Amir semasa mengalami kecederaan mata kirinya.

PETALING JAYA – “Tanpa sebarang amaran, saya hampir buta.”

Demikian pendedahan mengejutkan daripada pelakon popular Ben Amir tentang kecederaan mata kiri yang dialaminya akibat kemalangan pada Jun lalu.

Dalam video yang dimuat naik dalam Instagram sebentar tadi, Ben Amir atau nama sebenarnya, Muhammad Ben Amir Sabaruddin, 32, turut berkongsi video proses pemulihannya termasuk gambar matanya kirinya yang cedera teruk.

“Kemalangan yang menggubah pandangan saya tentang kehidupan. Proses pemulihan sangat sukar daripada segi mental dan fizikal. Saya sangat tertekan dan lemah,” tulisnya.

Namun, selepas menjalani pembedahan pada pertengahan Jun lalu, pelakon drama Sweet Dreams itu memberitahu dia kini semakin sembuh dan sihat.

“Hari ini keadaan saya bertambah baik dan saya berasa kuat kembali. Terima kasih Allah kerana membantu saya.

“Terima kasih kepada semua orang yang sentiasa berada di sisi ketika saya berada di tahap paling bawah. Sekarang adalah masa untuk saya maju ke hadapan dan berkembang,” ujar Ben lagi.

Menerusi ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis mendoakan agar penglihatannya pulih seperti sedia kala.

Terdahulu, Ben juga berkongsi gambarnya selepas menjalani pembedahan di hospital dan dapat dilihat pada bahagian mata kirinya ditutup dengan alat pelindung buat sementara waktu.

Selain itu, Ben juga pernah berkongsi keadaan matanya kirinya yang berwarna merah menyala, namun sebelum ini tidak berkongsi punca yang mengakibatkan matanya tercedera.

Dalam pada itu, menerusi Instagram Story, Ben yang sebelum ini popular dengan imej rambut panjang kini tampil dengan imej yang lebih segar dengan gaya rambut lebih pendek dan kelihatan semakin sihat – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI