fbpx

Pas berganding dengan Bersatu jika BN mahu solo PRU-15 -Tuan Ibrahim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TUAN IBRAHIM Tuan Man bersama ahli Pas dan orang ramai yang hadir pada Program Himpunan Hijau 3.0 anjuran Pas Pahang di Pantai Sepat di Kuantan semalam.

KUANTAN – Pas akan terus bergerak ke hadapan dengan menjalinkan kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sekiranya UMNO mahu bergerak solo dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, bagaimanapun Pas sentiasa terbuka kepada penyatuan ummah dan melihat kepada keperluan bahawa tiga parti iaitu Pas, UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) perlu bersama-sama pada PRU-15.

“Tetapi kalau BN kekal dengan keputusan bergerak solo, kita akan pergi dengan Bersatu dalam Perikatan Nasional (PN) dan buat masa ini tiada jangka masa kita tetapkan untuk penyatuan ummah tetapi kalau pilihan raya itu (PRU-15) bertambah hampir, kita tidak boleh tunggu lama sangatlah.

“Cuma kerangkanya mesti menyeluruh, tidak bolehlah di Pahang bersepakat, di Kelantan hendak lawan, di Terengganu hendak lawan. Kalau kita hendak berpakat, kena seluruh negara, kena tengok dalam kerangka besar dalam menghadapi pilihan raya ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas program Himpunan Hijau 3.0 anjuran Pas Pahang di Pantai Sepat di sini malam semalam.

Menurut Tuan Ibrahim, haluan Pas adalah bersama PN sebagai parti yang telah pun berdaftar di bawah gabungan tersebut.

“Itu teras kita, cuma kita tidak tutup ruang kepada penyatuan ummah dan ia terserah kepada UMNO. Kalau BN buat keputusan bergerak solo kita (Pas) telah bersedia menghadapi PRU-15 bersama PN,” katanya.

Sementara itu mengulas mengenai soal calon Pas di Pahang pada PRU-15 akan datang beliau berkata perkara itu akan diputusan melalui perbincangan dalam PN. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI