fbpx

Kedai runcit jadi ‘pelindung’ kegiatan jual arak RM1.1 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kamarul Zaman (kiri) menunjukkan sebahagian daripada minuman keras yang berjaya dirampas pada sidang akhbar di Markas Marin Wilayah 2, Tampoi, Johor Bahru, Johor hari ini. / FOTO RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Seorang warga emas menjadikan sebuah kedai runcit kecil-kecilan di Taman Daya di sini sebagai ‘pelindung’ kegiatan haram menjual pelbagai jenis arak tidak bercukai sejak empat bulan lalu.

Taktik licik itu lelaki berusia 63 tahun itu bagaimanapun berjaya dihidu Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua apabila premisnya diserbu pada pukul 12.15 tengah malam tadi.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, hasil pemeriksaan yang dijalankan menemui 24 botol arak dan 1,274 karton arak pelbagai jenama bernilai RM1.1 juta.

Jelasnya, arak tersebut disembunyikan di dalam stor di belakang kedai runcit berkenaan.

“Kedudukan stor tak sampai 100 meter di belakang kedai itu dijadikan tempat simpanan arak seludup yang hanya dijual kepada pelanggan tetap yang dikenali sahaja bagi mengelakkan perbuatan terbongkar.

“Bagi perbuatan itu, lelaki terbabit mengaut untung dua kali ganda apabila menjual arak seludup itu pada harga biasa,” katanya pada sidang akhbar di Markas PPM Wilayah Dua, di sini hari ini.

Kamarul Zaman berkata, dalam serbuan berkenaan, selain warga emas itu, polis turut menahan seorang pembantu kedai warga asing berusia 30 tahun selepas dia didapati menyalahgunakan dokumen perjalanannya.

Katanya, kedua-dua suspek itu ditahan reman selama empat hari bermula semalam bagi membantu siasatan dijalankan.-KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI