fbpx

Serpihan penggalak roket China terhempas di Lautan Hindi, dilihat di langit Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Roket luar kawalan milik China itu dikesan di langit Malaysia. -Twitter

WASHINGTON – Serpihan penggalak sebuah roket China terhempas di Lautan Hindi tengah malam tadi selepas ‘menerangi’ langit Malaysia, lapor akhbar The Sun.

Markas Pemerintahan Angkasa Amerika Syarikat (USSPACECOM) mengesahkan roket tersebut terhempas di Lautan Hindi pada pukul 5.45 petang waktu Musim Panas Britain (12.45 tengah malam waktu Malaysia).

Serpihan angkasa lepas itu berasal daripada roket Long March 5B yang dilancarkan pada 24 Julai lalu untuk menghantar modul Wentian ke Stesen Angkasa Lepas Tiangong milik China.

“USSPACECOM mengesahkan bahawa roket Long March 5B (CZ-5B) milik Republik Rakyat China (PRC) memasuki semula Lautan Hindi pada kira-kira pukul 10.45 pagi waktu Gunung (12.45 tengah malam waktu Malaysia) semalam.

“Anda boleh merujuk kepada PRC untuk mendapatkan butiran lanjut mengenai aspek teknikal kemasukan semula seperti potensi penyebaran serpihan dan lokasi impak,” kata agensi angkasa itu di Twitter.

Beberapa rakaman video menunjukkan serpihan roket angkasa itu melintasi langit di Kuching, Sarawak.

Ia kemudian terhempas di Lautan Hindi tetapi berkemungkinan impaknya memberi kesan ke atas Bintulu.

Pakar astronomi sebelum ini cuba menjejaki trajektori serpihan roket besar itu kerana ia membuat kemasukan semula ke atmosfera Bumi dalam gerakan yang tidak dapat diramalkan.

Aerospace Corporation, sebuah badan bukan bermotifkan keuntungan AS yang menjejaki serpihan angkasa lepas, menjelaskan bahawa kemasukan semula roket itu mungkin berlaku di mana-mana di sepanjang dua trajektori.

Dalam satu laluan yang mungkin, serpihan roket itu akan melalui Lautan Hindi sebelum ke selatan di Afrika Selatan dan merentasi Lautan Atlantik selatan. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI