fbpx

Perhimpunan Turun Harga Barang: 4 lagi individu akan dirakam keterangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perhimpunan Turun Harga Barang diadakan di hadapan sebuah pusat beli-belah di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) pada 23 Julai lalu.

KUALA LUMPUR – Polis akan merakam keterangan empat lagi individu termasuk ahli politik berhubung Perhimpunan Turun Harga Barang di hadapan sebuah pusat beli-belah di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) di sini pada 23 Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, kertas siasatan berhubung kes itu telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya semalam.

“Namun kertas siasatan itu diserahkan semula kepada kami untuk dilengkapkan dengan mengambil keterangan empat lagi individu.

“Empat individu berkenaan termasuk ahli politik akan diambil keterangan dalam masa terdekat supaya kertas siasatan itu dapat dirujuk kembali kepada Timbalan Pendakwa Raya,” katanya ketika ditemui selepas Program Road March Sempena Peringatan Hari Polis ke-215 2022 di Dataran Merdeka, di sini hari ini.

Terdahulu, media melaporkan seramai 27 individu telah dirakam keterangan bagi membantu siasatan berhubung perhimpunan terbabit.

Pada 23 Julai lalu, kira-kira 100 individu menyertai perhimpunan itu dipercayai bagi memprotes kenaikan harga barang di Jalan Tuanku Abdul Rahman. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI