fbpx

Muhammad Ridwan Sahrom abai rasa gemuruh aksi di Birmingham

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUHAMMAD RIDWAN (kiri) mengakui sudah bersedia untuk mengharungi Sukan Komanwel Birmingham 2022 buat kali pertama.

TEMASYA Sukan Komanwel Birmingham 2022 pastinya menjadi detik paling berharga buat atlet berbasikal trek negara, Muhammad Ridwan Sahrom meman­dangkan ia merupakan penampilan pertamanya dalam temasya sukan empat tahun sekali itu.

Dia yang juga adik kepada ­olimpian negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom bagaima­napun, mengakui agak gementar memandangkan dia akan turun buat kali pertama pada temasya tersebut.

Justeru, Ridwan sedia untuk mengabaikan rasa gementar tersebut memandangkan dia mahu menampilkan aksi terbaik bagi memberi cabaran kepada atlet-atlet terbaik dunia dari negara lain.

“Segala persiapan berada dalam keadaan baik dan memang tujuan kami ke Birmingham adalah untuk mendapatkan kemenangan. Memang agak gementar kerana ini adalah kali pertama saya beraksi di Komanwel.

“Walaupun sedikit gemuruh tetapi saya akan cuba lakukan yang terbaik bagi mengatasi pe­rasaan tersebut dengan mendengar lagu ataupun bercakap dengan rakan sepasukan,” katanya.

Pada masa sama, dia juga mengakui, kehadiran Shah Firdaus yang turut beraksi pada Sukan komanwel kali ini turut memberi sedikit kelegaan serta membakar semangat Ridwan.

“Kehadiran abang saya di sini juga sebenarnya jadi kelebihan untuk saya kerana dia sentiasa berikan kata-kata semangat setiap kali perlumbaan. Dia sentiasa pesan supaya buat yang terbaik serta jaga disiplin.

“Selain itu, Shah juga ada berikan beberapa tips berguna termasuk meminta saya lebih fokus serta belajar benda baharu ketika berada di velodrom. Kita tahu ramai pelumba terbaik ada di sini,” tambahnya.

Sebagai rekod, pada temasya Sukan Komanwel kali ini, Ridwan beraksi dalam empat acara, iaitu 1 kilometer (km) ujian masa individu, keirin, pecut individu serta pecut berpasukan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI