fbpx

ZPP, BIMB jalin kerjasama bantu usahawan mikro asnaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ROSLAN Ahmad (tengah) ketika menyaksikan pemeteraian MoU berkaitan Pembiayaan Mikro i-TEKAD antara ZPP dengan BIMB di Bandar Perda, Bukit Mertajam di sini hari ini.

SEBERANG PERAI- Pelaksanaan Program Pembiayaan Mikro i-Tekad hasil pemeteraian kerjasama antara Zakat Pulau Pinang (ZPP) dengan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) mampu menjadi ‘batu loncatan’ kepada satu usaha sama baharu yang memberi manfaat kepada masyarakat Islam di negeri ini.

Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Dr. Roslan Ahmad berkata, program pembiayaan itu merupakan satu inisiatif kewangan sosial yang menyokong dan memudahkan pembiayaan usahawan mikro asnaf serta golongan berpendapatan rendah (B40) yang kehilangan pendapatan akibat pandemik Covid-19.

Menurutnya yang juga Ahli Lembaga Pengarah ZPP, program pembiayaan itu menggunakan sumbangan kewangan sosial seperti zakat, wakaf dan sedekah bagi penyediaan modal permulaan yang digabungkan dengan pembiayaan mikro berpatutan untuk pemohon yang layak.

“Melalui program ini juga, bank peserta dengan kerjasama beberapa Majlis Agama Islam Negeri-negeri serta institusi zakat akan membantu usahawan mikro yang layak.

“Saya juga difahamkan bahawa BIMB merupakan bank pertama yang melaksanakan program i-Tekad ini,” katanya pada majlis pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara kedua-dua pihak di Bandar Perda, di sini hari ini.

Selain Pembiayaan Mikro i-Tekad, MoU itu turut merangkumi Pembiayaan Mikro BangKIT dan Geran Perniagaan BanKIT (BBG) bagi tujuan pembangunan usahawan mikro yang belum layak mendapat kemudahan pembiayaan perbankan setakat ini.

Dalam pada itu, Mohamad Kairi memberitahu, melalui produk pembiayaan mikro i-TEKAD ini, beliau melihat industri perbankan giat memperkenalkan produk baharu yang direka bagi memenuhi keperluan khusus segmen yang kurang mendapat perkhidmatan kewangan sebelum ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI