fbpx

Pintu tandas tidak tutup, antara punca rezeki sempit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Pintu tandas dalam rumah tidak tertutup ketika tiada siapa yang guna merupakan salah satu punca kenapa rezeki seisi keluarga masih susah dan sempit.

Menurut satu perkongsian di laman Facebook Maryam Salleh, tidak menutup pintu tandas merupakan antara lima punca yang boleh menyebabkan rezeki seseorang itu susah masuk.

Katanya, punca-punca rezeki susah dan sempit sebenarnya datang dari dalam rumah sendiri, antara punca lain adalah sinki dapur penuh dengan pinggang mangkuk yang tidak dibasuh sebelum masuk tidur.

“Punca lain termasuk, sampah dalam rumah perlulah diikat dan ditutup rapat sebelum penghuni rumah tidur serta pastikan juga rumah bebas daripada sawang.

“Tandas kotor dan tidak dibersihkan antara punca terakhir kenapa rezeki susah diterima, tandas merupakan tempat jin dan syaitan berkumpul, jika tandas kotor maka golongan jin ini lebih suka berada di situ,” ujarnya.

Katanya, rezeki datang dalam banyak kaedah serta bentuk namun, kita juga perlu bersedia dalam memastikan rezeki itu datang tepat kepada kita.

Pada dasarnya, punca-punca kurang rezeki adalah datang daripada kita sendiri terutamanya keadaaan rumah tangga yang tidak terurus.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI