fbpx
Azmawati menyiram pusara anaknya Iman Aqmar di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pasir Putih, Pasir Gudang awal pagi semalam.

‘Terima kasih Allah, pinjamkan Iman Aqmar selama 24 tahun’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PASIR GUDANG – Ibu Allahyarham, Asmawati Kadir, 55, reda Allah hanya pinjamkan anaknya selama 24 tahun saja setelah jasad Allahyarham Muhammad Iman Aqmar Dzulkarnain ditemui dalam kenderaan miliknya di Sungai Api-api di Nenasi, Pekan pada Sabtu lalu.

Asmawati berasa lega dan lapang dada setelah beban rindu hampir 10 bulan terhadap Allahyarham Muhammad Iman Aqmar terjawab apabila dipertemukan semula biar pun buat kali terakhir.

Katanya, sebelum ini, dia sentiasatertanya-tanya akan ke­beradaan anaknya yang dilaporkan hilang sejak 29 Oktober lalu lebih-lebih lagi ketika waktu hujan kerana khuatir akan ke­selamatannya.

Ibu kepada dua anak ini turutrasa syukur yang tidak henti-henti kerana jasad anaknya ditemui dan segala ­urusan pengebumian anaknya di Tanah Perkuburan Islam ­Kampung Pasir Putih berjalan lancar.

“Alhamdulillah syukur terima kasih ya Allah kerana beri pinjamkan Muhammad Iman Aqmar selama 24 tahun kepada saya. Dia adalah seorang anak yang terbaik buat saya, syukur alhamdulillah.

Berita berkaitan: Kenderaan Muhammad Iman Aqmar ditemui seorang pekerja ladang

“Saya reda dengan cara ­pemergian Allahyarham, ia sudah ketentuan Allah. Perjalanan terakhirnya ke negeri abadi juga berjalan lancar, tiada lagi beban rindu yang tiada ­kesudahan,” katanya kepada pemberita di sini pagi semalam.

Suasana pilu menyelubungi upacara pengebumian Allahyarham Muhammad Iman Aqmar Dzulkarnain yang ditemui dalam kenderaan di Sungai Api-api pada Sabtu lalu setelah lebih sembilan bulan dilaporkan hilang.

Jenazah Allahyarham Muhammad Iman Aqmar selamat disemadikan kira-kira pukul 1 pagi di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pasir Putih.

Lebih 100 ahli keluarga, saudara, rakan, kenalan dan penduduk hadir memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham yang disemadikan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN