fbpx

Jutaan penduduk dunia akan mati akibat krisis makanan -Presiden Guatemala

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GIAMMATTEI (kanan) dan Zelenskyy bercakap dalam satu sidang akhbar bersama di Kiev kelmarin. - AFP

BANDAR GUATEMALA – Berjuta-juta penduduk di seluruh dunia akan mati disebabkan ‘krisis makanan’ yang tercetus akibat pencerobohan Russia ke atas Ukraine, kata Presiden Guatemala, Alejandro Giammattei semasa melawat Kiev kelmarin.

Giammattei yang diundang oleh rakan sejawatnya, Volodymyr Zelenskyy untuk melihat sendiri kemusnahan akibat pencerobohan Russia, memberi amaran tentang impak global perang Russia-Ukraine.

“Bukti yang tidak boleh dipertikaikan lagi tentang impak perang ini terhadap ekonomi adalah ia mencetuskan inflasi, meningkatkan kos sara hidup dan memburukkan lagi kemiskinan,” katanya dalam satu kenyataan bersama Zelenskyy.

Beliau turut memberi amaran bahawa konflik Russia-Ukraine akan mencetuskan krisis makanan masa hadapan yang membawa kepada kematian berjuta-juta orang.

Rantau Amerika Tengah terjejas akibat perang berkenaan berikutan semua bijirinnya diimport dari zon konflik. 

Ukraine tidak berupaya mengeksport bijirin sejak permulaan pencerobohan Russia kerana kepungan Moscow ke atas pelabuhan-pelabuhannya di Laut Hitam.

Zelenskyy mengucapkan terima kasih kepada Giammattei atas lawatannya dan menggesa masyarakat antarabangsa menubuhkan sebuah mahkamah khas untuk menghukum kekerasan Russia.

Semasa kunjungan itu, kedua-dua negara juga bersetuju menghapuskan keperluan visa untuk rakyat Guatemala yang melawat Ukraine dan juga mewujudkan hubungan perniagaan langsung.

Lawatan itu diselaraskan semasa perbualan telefon antara kedua-dua Presiden itu pada Jun lepas di mana Giammattei menyatakan bahawa mereka bercakap tentang pembinaan semula Ukraine dan Kiev memerlukan pekerja. Justeru, Zelensky meminta bantuan supaya rakyat Guatemala melakukan perjalanan untuk bekerja di Ukraine. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI