fbpx
Izani (kiri) menanam pokok sebagai simbolik perasmian Program CSR Pembersihan dan Pengindahan Pantai Kundor, Kota Bharu hari ini. FOTO ROSALWANI CHE SOH

Hospital lama Kuala Krai dicadang tempatkan pesakit influenza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU – Hospital lama Kuala Krai yang sudah ditutup berkemungkinan akan kembali beroperasi bagi menempatkan pesakit influenza dalam usaha mengatasi kesesakan di wad-wad hospital di Kelantan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dr. Izani Husin berkata, langkah itu perlu dilakukan ekoran jumlah keseluruhan pesakit yang dijangkiti influenza di Kelantan ketika ini sudah hampir mencecah 31,000 kes, bagaimanapun pembukaan semula Hospital Kuala Krai itu masih dalam peringkat cadangan.

“Setakat ini, kerajaan negeri bersama Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan berusaha mencari kawasan bersesuaian untuk menempatkan pesakit yang dijangkiti wabak berkenaan.

“Influenza mudah merebak kepada pesakit lain melalui titisan air liur dan sebaran udara. Keadaan itu amat bahaya kerana ia turut mengganggu saluran pernafasan,”katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Pembersihan dan Pengindahan Pantai Kundor di sini hari ini.

Hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Malaysia (PlanMalaysia), Hassan Yaakob.- KOSMO! ONLINE.

POPULAR