fbpx

Liga Premier : TFC II ditewaskan PDRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Ridzuan Mohd Razali (dua, kanan) diasak oleh pemain PDRM dalam saingan Liga Premier di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu malam ini.

KUALA TERENGGANU – Terengganu FC II (TFC II) gagal memanfaatkan kelebihan tempat sendiri apabila tumpas 0-2 di tangan PDRM FC dalam aksi Liga Premier di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, di sini sebentar tadi.

Babak pertama berlangsung seimbang dengan PDRM FC terlebih dahulu memiliki peluang menerusi Fadi Mahmoud Saleh pada minit ke-17 sebelum tandukan Wan Mohd. Fazli Wan Ghazali (m-29) hampir menceriakan kem tuan rumah.

Corak lebih tersusun ditunjukkan skuad The Cops selepas rehat untuk mendahului hasil tolakan pemain import, Milos Lacny berpunca sepakan sudut G. Durrkeswaran pada minit ke-48.

Enam minit kemudian Locny nyaris menjaringkan gol kedua peribadi namun penyerang kelahiran Slovakia itu mensia-siakan hantaran lintang Amirul Wa’ie Ya’acob.

TFC II cuba bangkit mengikat kedudukan malangnya percubaan Nur Azfar Fikri Azhar (m-63) disusuli voli Wan Mohd. Fazli (m-70) dari dalam kotak penalti dinafikan penjaga gol lawan.

Penjaring terbanyak, Martin Ademac menjaringkan gol kelapan musim ini selepas rembatan leretnya melengkapkan kemenangan 2-0 buat PDRM FC pada minit ke-89.

Kekalahan itu menyaksikan TFC II jatuh ke tangga ketiga liga mengumpul 23 mata manakala PDRM melonjak ke kedudukan kelima dengan 18 mata. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI