fbpx

KPM mampu tangani jangkitan penyakit di sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noor Azmi (tiga kanan) merasmikan 3rd MOH Dietitians' Quality and Research Convention (DQRC 2022) di Auditorium Kompleks E di sini, hari ini./ FOTO FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) akan menentukan prosedur operasi standard (SOP) baharu di sekolah dan institusi pendidikan apabila berlaku jangkitan sesuatu penyakit termasuk Influenza (ILI).

Timbalan Menteri Kesihatan 1, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, apabila melibatkan SOP, pastinya KPM yang akan menentukan kerana kementerian itu mempunyai SOP sendiri.

Katanya, semua pihak perlu mematuhi tatacara asas termasuk tidak ke sekolah atau ke institusi pendidikan sekiranya disahkan mengalami influenza.

“Pada asasnya kita tahu kalau sesiapa yang mengalami influenza atau penyakit seperti ILI, mohon duduk di rumah.

“Jangan pergi sekolah dan tabika. Berhubung SOP khas untuk KPM, mungkin KPM boleh terangkan,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Konvensyen Kualiti dan Kajian Pegawai Dietetik ketiga di kementeriannya, hari ini.

Akhbar sebelum ini melaporkan, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin menegaskan bahawa pihaknya bersedia mengaktifkan pelan kontigensi kesihatan susulan peningkatan kes jangkitan Covid-19 dan ILI di negara ini.

Tambahnya, pihaknya perlu mendapatkan nasihat daripada Kementerian Kesihatan (KKM) terlebih dahulu sebelum melaksanakan pelan itu.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan kes ILI membabitkan kes Covid-19 di seluruh negara menunjukkan peningkatan sebanyak 8.5 peratus kepada 11.5 peratus berbanding 10.6 peratus sebelumnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI