fbpx

Multivita diiktiraf Asia Super Health Brand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Harmizuan menunjukkan sijil pengiktirafan Asia Super Health Brand yang diterima oleh Multivita yang merupakan produk minuman kesihatan berasaskan susu kesihatan.

TUMPAT – Pengiktirafan Asia Super Health Brand kepada Syarikat Multivita Resources (Multivita) baru-baru ini telah dijadikan sebagai pembakar semangat kepada syarikat untuk meneroka pasaran lebih luas ke Asia Tenggara seperti Thailand, Brunei dan Indonesia dalam masa terdekat.

Pengasasnya, Mohd. Harmizuan Hamzah berkata, sebagai persiapan ke arah itu pihaknya sudah mempunyai sebuah kilang yang beroperasi di Pengkalan Chepa, Kota Bharu untuk mengeluarkan produk minuman kesihatan berasaskan susu iaitu Multivita.

Menurut beliau, buat masa sekarang, produk syarikat telah berjaya menembusi pasaran Singapura dan sambutan yang diterima amat menggalakkan.

“Kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk kami terus meneroka pasaran di seberang tambak Johor itu.

“Bagi pasaran tempatan pula, kami menyasarkan jualan produk Multivita sebanyak RM100 juta menjelang tahun 2024,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini semalam.

Mohd. Harmizuan membe­ritahu, sasaran tersebut mampu dicapai dengan sokongan lebih 30,000 ejen sejak Multivita berada di pasaran tiga tahun lalu.

Katanya, Multivita Resources kini dalam perancangan untuk membuka cawangan di seluruh negara dengan sasaran melahirkan 100,000 pengedar produk pada masa depan.

“Kami berbangga kerana dapat menyediakan peluang keusahawanan kepada orang ramai menerusi jualan Multivita.

“Ini telah terbukti apabila ramai ejen kami sudah berjaya menjana pendapatan sehingga enam angka sebulan,” ujarnya.

Mohd. Harmizuan berkata, permintaan terhadap Multivita terus meningkat ekoran tahap kesedaran masyarakat yang mula cakna terhadap kepen­tingan menjaga kesihatan menerusi pengambilan makanan tambahan.

“Produk yang kami jual berharga RM139 sebotol mengan­dungi 19 vitamin dan mineral, omega 3 dan colostrom,” ujarnya.

Orang ramai yang ingin menjadi sebahagian daripada ke­luarga besar Multivita boleh menghubungi talian 012-954 4847 atau melayari Facebook Multivita HQ dan laman sesawang www.multivita.com. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI