fbpx
Hamzah (kanan) melawat aset PDRM yang dipamerkan di Program Kita Demi Negara di Dewan Astaka Batu Kurau hari ini.

Pasport siap tidak dituntut terbatal dalam tempoh 90 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LARUT – Rakyat Malaysia yang telah memperbaharui pasport mereka secara dalam talian diminta segera mengambil dokumen tersebut atau ia akan dilupuskan setelah 90 hari.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, ramai yang memperbaharui pasport mereka, namun setelah dokumen itu siap tidak datang membuat tuntutan.

“Apabila dah buat pasport, maka ia merupakan suatu tanggungjawab untuk individu itu mengambil dokumennya. Takkan kita pula yang nak kena cari dia,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penutupan Program Kita Demi Negara Zon Utara di Dewan Astaka Batu Kurau di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Hamzah berkata, pasport yang tidak dituntut selepas 90 hari akan terbatal secara automatik.

“Sekiranya telah terbatal, maka individu itu perlu membuat permohonan baru dan terpaksa mengeluarkan perbelanjaan pembayaran semula,” katanya.

Menurut laporan Jabatan Imigresen, setakat ini, lebih 2,600 pasport yang diperbaharui tidak dituntut. – KOSMO! ONLINE

POPULAR