fbpx

37 sampel pesakit Melaka dikesan positif influenza A, B

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penggunaan kapasiti katil bagi kes Influenza di Hospital Melaka hanya melibatkan 0.62 peratus pada Minggu Epid ke 29. /FOTO RASUL AZLI SAMAD

MELAKA – Sebanyak 37 daripada sampel pesakit di Melaka Tengah dan Jasin yang dihantar ke Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) di kesan positif Influenza A dan B.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, secara keseluruhan sebanyak 57 sampel telah dihantar ke MKAK melibatkan 30 sampel dari Klinik Kesihatan (KK) Peringgit dan 27 KK Jasin.

“Daripada 57 sampel ini, 29 sampel dikesan positif dan sehingga Minggu Epid 27, jumlah itu meningkat sebanyak 37 dengan 36 adalah positif Influenza A dan dan satu sampel positif Influenza B.

“Bagaimanapun pada Minggu Epid 29, tiada wabak aktif yang dipantau di negeri ini menjadikan jumlah keseluruhan wabak hanya membabitkan Influenza Like-Illness (ILI) sebanyak 11 episod wabak dari ketiga-tiga daerah yang kesemuanya melibatkan sekolah,” katanya dalam satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan di sini, hari ini.

Mengulas lanjut kapasiti penggunaan katil di hospital disebabkan Influenza, beliau memberitahu pada Minggu Epid 29 sebanyak enam kes telah dimasukkan ke wad Hospital Melaka.

“Dua kes merupakan kes dewasa dan empat kes merupakan kes kanak-kanak.

“Kadar penggunaan katil di Hospital Melaka bagi kes Influenza adalah 0.62 peratus, manakala kadar penggunaan katil keseluruhan bagi Hospital Melaka adalah sebanyak 91.34 peratus,” katanya.

Jelasnya, setakat ini penularan jangkitan Influenza di negeri ini masih terkawal dan tiada kematian dilaporkan membabitkan virus itu. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI