fbpx

Kim Ga-ram disingkirkan, LE SSERAFIM kini berlima

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KIM GA-RAM

BERITA yang mungkin dinanti-nantikan, terutama bagi mangsa kes buli melibatkan penyanyi cantik Kim Ga-ram apabila dia akhirnya disingkirkan daripada kumpulan LE SSERAFIM.

Terbaharu, agensi naungannya, Hybe Labels secara rasmi menamatkan kontrak eksklusif bersama Ga-ram daripada kumpulan yang baru ditubuhkan pada Mei lalu itu.

Terdahulu, penyanyi itu dikaitkan dengan pertuduhan melakukan kegiatan membuli di sekolahnya susulan penyebaran video menerusi media sosial.

Akibat pendedahan tersebut, semakin hari semakin banyak bukti yang dibongkarkan beberapa individu yang mendakwa merupakan rakan sekolah dan mangsa buli Ga-ram.

Rentetan itu, Ga-ram terpaksa direhatkan seketika oleh agensinya hanya selepas 18 hari dia sempat menyertai debut bersama LE SSERAFIM.

Isu buli tersebut turut menemui jalan buntu apabila pihak sekolah tempat Ga-ram belajar mengambil tindakan disiplin terhadapnya.
Pengguguran serta merta Ga-ram membuatkan LE SSERAFIM kini bergerak dengan lima orang anggota.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI