fbpx

Kantoi lori nombor pendaftaran sama lalu sekatan JPJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA JPJ melakukan pemeriksaan ke atas dua buah lori yang mempunyai nombor pendaftaran yang sama di Cameron Highlands semalam.

CAMERON HIGHLANDS – Dua buah lori yang mempunyai nombor pendaftaran yang sama ‘kantoi’ selepas secara kebetulan melalui pemeriksaan sekatan jalan raya pada waktu yang sama di Cameron Highlands semalam.

Dua buah lori jenis yang sama berkenaan menggunakan nombor pendaftaran AKM 8276 yang hanya dibezakan dengan warna iaitu hijau dan warna putih

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang, Kamarul Iskandar Nordin berkata, berdasarkan pemeriksaan mendapati kedua-dua lori berkenaan dipandu oleh warga asing yang tidak mempunyai lesen memandu.

“Berdasarkan pemeriksaan mendapati lori berwarna putih adalah klon apabila nombor casis adalah berbeza dan kedua-dua buah kenderaan berkenaan menggunakan tanda badan milik syarikat yang sama.

“Kenderaan berkenaan disita untuk siasatan lanjut dan JPJ telah mengeluarkan kompaun kepada kedua-dua pemandu terbabit kerana tidak mempunyai lesen memandu,”katanya di sini hari ini.

Menurut Kamarul Iskandar, kenderaan berkenaan disita mengikut Seksyen 64 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi tujuan mengenal pasti identiti pemandu dan kenderaan terbabit. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI