fbpx

Lelaki pecah premis, cederakan nenek dijel enam tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tertuduh diiringi anggota polis selepas didakwa di Mahkamah Majistret Melaka, hari ini.

MELAKA – Seorang pemandu lori dihukum penjara enam tahun oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas mengaku salah memecah masuk sebuah premis dan mencederakan warga emas.

Majistret Mazana Sinin menjatuhi hukuman itu terhadap N. Nagaraj, 37, selepas tertuduh membuat pengakuan bersalah bagi kedua-dua pertuduhan tersebut.

Lelaki itu didakwa melakukan pecah rumah dan melarikan peti duit serta telefon bimbit pada pukul 12.07 hingga 12.55 tengah malam, 12 Julai lalu di sebuah syarikat motosikal di Ayer Keroh.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara 14 tahun atau denda atau sebat atau dua daripada seksaan itu.

Tertuduh turut didakwa mencederakan Rose Tan, 89, kira-kira pukul 9.30 malam, 4 oktober 2014 di sebuah rumah di Kampung Lapan di sini.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 383 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada seksaan itu.

Tertuduh yang diwakili Peguam Muhammad Izzudin Ab. Malek merayu hukuman ringan atas alasan tertuduh perlu menanggung keluarga termasuk dua anak.

Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Ehsan Nasruddin memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh, selain kesalahan dilakukan adalah serius.

Mahkamah kemudian menjatuhi hukuman penjara enam tahun bermula dari tarikh tangkapan 12 Julai lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI