fbpx

190,000 perniagaan berkaitan halal belum ada sijil halal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAIROL ARIFFIEN (kiri) dan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri, Datuk Norolazali Sulaiman (dua dari kiri) menyampaikan sijil penghargaan kepada pengusaha syarikat yang terlibat dalam program Jelajah Halal Malaysia 2022 Negeri Pahang di Kuantan hari ini.

KUANTAN – Kira-kira 190,000 daripada 200,000 syarikat industri kecil sederhana (IKS) yang berdaftar dan mengusahakan perniagaan berkaitan halal masih belum memiliki sijil halal.

Ketua Pegawai Eksekutif Halal Development Corporation Berhad (HDC), Hairol Ariffien berkata, setakat ini, kurang daripada 10,000 syarikat perniagaan berkaitan halal yang direkodkan memiliki sijil halal di seluruh negara.

“Daripada jumlah ini (kurang 10,000 syarikat) hanya 3,000 syarikat yang memiliki keupayaan eksport produk ke luar negara.

“Kita menyasarkan 40,000 hingga 50,000 lagi syarikat akan memohon dan memperoleh sijil halal menjelang 2030. Ini merupakan cabaran besar buat agensi dan kami perlu bekerja keras bagi menggalakkan IKS mendapatkan sijil halal,” katanya pada sidang akhbar majlis penutup Jelajah Halal Malaysia 2022 Negeri Pahang, di sini hari ini.

Menurutnya, pelbagai kelebihan diperoleh jika sesebuah syarikat memiliki sijil halal antaranya bantuan dari segi peningkatan kapasiti dan kapabiliti untuk menjadikan perniagaan sebagai pengeksport atau sekurang-kurangnya memasuki pasaran tempatan.

Beliau bagaimanapun tidak menafikan terdapat pelbagai cabaran yang menjadi punca kepada kurangnya kesedaran pengusaha IKS untuk mendapatkan sijil halal.

Antara cabaran paling besar dalam dalam konteks ‘halal’ adalah dari segi mendapatkan bahan ramuan yang ada sijil halal mencukupi bagi tujuan pengeluaran dan perkhidmatan.

“Dari sudut kos sebenarnya terdapat salah faham kerana untuk mendapatkan sijil halal dari pihak Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia), IKS hanya perlu membayar RM400 hingga RM500.

“Tetapi kos untuk mematuhi persijilan halal itu sebenarnya agak tinggi kerana pengusaha perlu menambahbaik dengan melakukan pengubahsuaian di kilang atau premis mereka, menggantikan mesin operasi yang rosak dan lama dan sebagainya,”ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI